Monday 21 May 2012

Kertas Cadangan Hari Keluarga



  
KERTAS KERJA
HARI KELUARGA KELAB ALUMNI SEBENTOK KALI-1
SMK BUKIT MENTOK
KEMAMAN TERENGGANU







1.     PENGENALAN

Hari Keluarga Kelab Alumni Sebentok yang julung kali merupakan salah satu aktiviti kelab bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan sesame ahli KAS. Ini kerana silaturrahim yang baik antara ahli  adalah saluran asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti seseorang individu, dalam melahirkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik. Penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Hari Keluarga ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat kerjasama dan muhibbah antara warga Kelab Alumni Sebentok. Antara pengisian dalam Hari Keluarga ini meliputi aspek sukaneka dengan harapan setiap warga KAS agar sambutan Hari Keluarga kali ini akan lebih meriah dan berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.

2.    OBJEKTIF

2.1 Memberikan ruang kepada warga KAS untuk melakukan aktiviti bersama
antara ahli.

2.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan
silaturahim di antara warga KAS.

2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan
Menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

2.4 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga KAS sekaligus dapat mewujudkan ikatan kepasukanan yang kuat.


3.    TEMA

Cadangan tema untuk Hari Keluarga adalah “Hubungan dierat Kelab diperkuat”






4. PERINCIAN PROGRAM

4.1 Tarikh :
4.2 Tempat :
4.3 Anggaran Bil Peserta :

5. PESERTA

5.I Semua warga KAS.

6. ACARA DIPERTANDINGKAN
6.1 Sila lihat LAMPIRAN 1

7. ANGGARAN PERBELANJAAN DAN YURAN PENYERTAAN
7.1 Sila lihat LAMPIRAN 2

8. AHLI JAWATANKUASA
8.1 Sila lihat LAMPIRAN 3

9. SENARAI HADIAH
9.1 Sila lihat LAMPIRAN 4

10. PENUTUP

Dengan terlaksananya Hari Keluarga Kelab Alumni Sebentok diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan warga KAS, di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangatkerja berpasukan di warga KAS sekaligus dapat menjadi sebuah pasukan yang kuat dan bersatu padu.


  

LAMPIRAN 1
ACARA DIPERTANDINGKAN

INDIVIDU

1.    LARI KEPIT BELON
2.    TARIK BOLA DENGAN GELUNG
3.    BERJALAN  ATAS BATU BATA
4.    TIUP BELON
5.    BAWA BOLA PING PONG DENGAN SUDU
6.    KERUSI BERIRAMA

BERPASUKAN

1.    LARI IKAT KAKI
2.    PANDU ARAH PASUKAN
3.    TRESSURE HUNT
4.    ISI AIR DALAM BOTOL DENGAN SPAN
5.    BOLING PADANG
6.    JUNJUNG BUKU
7.    FUTSAL





LAMPIRAN 2


PERBELANJAAN PROGRAM

Sukaneka

Hamper                      = RM 20 x 20
                                    = RM 400

Hadiah Saguhati     = RM 10 x 60
                                    = RM 600

Makan dan Minum  = RM 800

Alatan                        = RM 600

            JUMLAH       = RM 2,400

Yuran Penyertaan  = RM 50 x 50
                                    = RM 2,000



*segala perbelanjaan tertakluk kepada pindaan



  

LAMPIRAN 3

AHLI JAWATANKUASA
Ketua Program :


Setiausaha :

Urusetia :

Bendahari :

JK Persiapan Tempat:

JK Publisiti :

JK Pendaftaran :

JK Tajaan :

JK Penasihat Konsep & Aktiviti :

JK Sumbangan, Hadiah & :

JK Persembahan :

JK Jamuan :

JK Logistik, Teknikal & Peralatan :

JK Kebajikan & Kecemasan :

JK Keselamatan :

JK Pengacara Majlis/Aturcara Majlis :

Pegawai Tugas-Tugas Khas :





Pelan Tindakan Sambutan Hari Guru 2013



Pelan Rancangan
Sambutan Hari Guru
Peringkat Sekolah
2013

Dianjurkan oleh:
Kelab Alumni
SMK Bukit Mentok
Kemaman Terengganu




1.    Pengenalan

Kelab Alumni Sebentok merupakan sebuah kelab yang baru ditubuhkan bagi mengumpul semua anak didik kelahiran SMK Bukit Mentok.  Bersempena Hari Guru pada 16 Mei,pihak Kelab Alumni Sebentok terpanggil untuk sama-sama meraikan Sambutan Hari Guru dengan kerjasama Badan Pengawas SMK Bukit Mentok.

2.    Objektif

2.1 Memberikan ruang kepada warga Kelab Alumni Sebentok untuk melakukan aktiviti bersama guru-guru SMK Bukit Mentok

2.2 Sebagai ruang untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di antara warga Kelab Alumni Sebentok

2.3 Menyemarakkan semangat kerjasama, hormat-menghormati dan menanam nilai-nilai murni melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. 

2.4 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga Kelab Alumni Sebentok  sekaligus dapat mewujudkan ikatan pasukan yang kuat.

2.5 Membalas segala budi dan jasa guru-guru melalui penglibatan semua ahli di dalam aktiviti yang dijalankan.

3.    Tema

Cadangan tema sambutan hari guru adalah “Guru dirai Sekolah didekati”





4. PERINCIAN PROGRAM

4.1 Tarikh :
4.2 Tempat :
4.3 Anggaran Bil Peserta :

5. PESERTA

5.I Semua warga Kelab Alumni Sebentok.

6. ANGGARAN PERBELANJAAN DAN YURAN PENYERTAAN
6.1 Sila lihat LAMPIRAN 2

7. AHLI JAWATANKUASA
7.1 Sila lihat LAMPIRAN 3

8. BORANG PENYERTAAN
8.1 Sila lihat LAMPIRAN 6

9. PENUTUP

Dengan terlaksananya Sambutan Hari Guru diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan muhibbah di kalangan warga Kelab Alumni Sebentok, di samping dapat mewujudkan persefahaman dan semangatkerja berpasukan di warga Kelab Alumni Sebentok sekaligus dapat menjadi sebuah pasukan yang kuat dan bersatu padu.







PERBELANJAAN PROGRAM DAN YURAN PENYERTAAN



Hamper                      = RM 50 x 1
                                    = RM 50

Makan dan Minum  = RM 5 x 30
(ahli)                              RM 150

Cenderahati(Guru)  = RM 3 x 80
                                        RM 240

Alatan                        = RM 150

Jumlah          =  RM 590

Yuran Penyertaan   = RM 20 x 30
                                        RM 600


*segala perbelanjaan tertakluk kepada pindaan




  
AHLI JAWATANKUASA

Ketua Program :

Penasihat :

Setiausaha :

Bendahari :

JK Publisiti :

JK Pendaftaran :

JK Tajaan :

JK Penasihat Konsep & Aktiviti :

JK Sumbangan, Hadiah & :

JK Persembahan :

JK Jamuan :

JK Logistik, Teknikal & Peralatan :

JK Kebajikan & Kecemasan :

JK Keselamatan :

Pegawai Tugas-Tugas Khas :





PERUTUSAN PEMANGKU YDP

Assalamualaikum w.b.t....

Saya selaku Pemangku Yang Di-Pertua Kelab Alumni Sebentok (SMK Bukit Mentok) ingin mengucapkan selamat datang ke blog Kelab Alumni Sebentok (SMK Bukit Mentok). Syukur ke hadrat illahi, kelab yang bernaung dibawah sebuah sekolah yang hebat telah menjadi satu fenomena kepada para pelajar.  Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Kelab Alumni Sebentok kerana sudi menjadi ahli sekaligus memberi kerjasama yang padu.  Di sini saya ingin menyarankan kepada semua ahli-ahli agar dapat menjadi Mentor ataupun satu contoh yang terbaik bagi mengharumkan nama sekolah dan nama kelab yang memayungi semua bekas-bekas pelajar SMK Bukit Mentok.  Saya harap dengan adanya kelab ini, kita mampu bersatu dan mampu menjadi satu pasukan yang kuat untuk menjadi sokongan yang kuat kepada sekolah.Justeru itu, kita hendaklah bersama-sama menggalas visi dan misi sekolah dan objektif penubuhan kelab ini secara menyeluruh.  Saya juga berharap dengan adanya kelab ini, kita mampu membalas budi guru-guru yang tidak kenal erti penat lelah untuk mendidik kita menjadi seperti apa yang kita telah jadi kini.  Moga dengan usaha kita yang kecil ini, kita mampu mengukir senyuman di wajah guru-guru SMK Bukit Mentok yang kita sayangi. Kelab ini juga diharap dapat menjadi wadah utama dalam perjuangan kejayaan diri dan pemankin semangat untuk bersaing secara sihat.  Akhir kata, semoga segala usaha dan impian kita untuk sentiasa mengingati pengorbanan guru-guru dapat menjadi satu realiti.  Dan semoga kita diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T untuk membantu sekolah menaikkan semangat belajar kepada semua pelajar SMK Bukit Mentok. Amin....


Yang menurut perintah
MOHD AMEER HAKIM BIN ZULKIFLI
Pemangku
Yang Di-Pertua
Kelab Alumni Sebentok