Monday 21 May 2012

PERUTUSAN PEMANGKU YDP

Assalamualaikum w.b.t....

Saya selaku Pemangku Yang Di-Pertua Kelab Alumni Sebentok (SMK Bukit Mentok) ingin mengucapkan selamat datang ke blog Kelab Alumni Sebentok (SMK Bukit Mentok). Syukur ke hadrat illahi, kelab yang bernaung dibawah sebuah sekolah yang hebat telah menjadi satu fenomena kepada para pelajar.  Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Kelab Alumni Sebentok kerana sudi menjadi ahli sekaligus memberi kerjasama yang padu.  Di sini saya ingin menyarankan kepada semua ahli-ahli agar dapat menjadi Mentor ataupun satu contoh yang terbaik bagi mengharumkan nama sekolah dan nama kelab yang memayungi semua bekas-bekas pelajar SMK Bukit Mentok.  Saya harap dengan adanya kelab ini, kita mampu bersatu dan mampu menjadi satu pasukan yang kuat untuk menjadi sokongan yang kuat kepada sekolah.Justeru itu, kita hendaklah bersama-sama menggalas visi dan misi sekolah dan objektif penubuhan kelab ini secara menyeluruh.  Saya juga berharap dengan adanya kelab ini, kita mampu membalas budi guru-guru yang tidak kenal erti penat lelah untuk mendidik kita menjadi seperti apa yang kita telah jadi kini.  Moga dengan usaha kita yang kecil ini, kita mampu mengukir senyuman di wajah guru-guru SMK Bukit Mentok yang kita sayangi. Kelab ini juga diharap dapat menjadi wadah utama dalam perjuangan kejayaan diri dan pemankin semangat untuk bersaing secara sihat.  Akhir kata, semoga segala usaha dan impian kita untuk sentiasa mengingati pengorbanan guru-guru dapat menjadi satu realiti.  Dan semoga kita diberkati dan diredhai oleh Allah S.W.T untuk membantu sekolah menaikkan semangat belajar kepada semua pelajar SMK Bukit Mentok. Amin....


Yang menurut perintah
MOHD AMEER HAKIM BIN ZULKIFLI
Pemangku
Yang Di-Pertua
Kelab Alumni Sebentok

0 comments:

Post a Comment